RSS

Al - Kisah Rakan

Tuesday, December 7, 2010

Al - Kisah...Ciri-Ciri Suami Yang Baik Menurut Islam

Assalamualaikum. ucapan keramat pembuka bicara. salam sejahtera kepada pembaca...huhu. bermadah nampak...

xpe kan...sekali sekala. apa salah yer...huhu. ok...kali ini fizi nak kongsi ngan korang semua sebuah artikel berkenaan dengan ciri-ciri suami yang baik menurut islam. yelah...sebagai peringatan dan panduan jer kepada bakal isteri yang bakal nak berkahwin tu or sape2 yang gatal dah terfikir2 nak kawin tu...haha.

ni menurut pandangan fizi jer(padahal amik dalam internet jer...haha) dan xde kaitan antara yang hidup & mati. tentu korang dah meluat kan..fizi ni banyak cakap jer...huhu. ok...fizi kongsikan...



1. Yang berkemampuan 
sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.” Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian. 
- haha...yang ni patut ada pada semua orang lelaki...lagi2 yang nak bukak cawangan(kawin lebih)



2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. 
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya. 
 - mintak2 yang ni pun ada pada fizi...huhu...amin


3. Pandai menjaga darjat diri.
apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. 
 - betul tu...fizi setuju 100%...lelaki camni lah yang patut dicari




4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. 
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. 
- wah...susah dah nak cari lelaki camni sekarang...fizi pun...bley lah...hehe




5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. 
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. 
- betul...betul baru harmoni rumah tangga. tapi perempuan pun kena lah cmni jgk...huhu




6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
- wah...kalau ada lelaki cmni bek xyah...tinggal jelah...cari yang lain...huhu




7. Mudah memaafkan. 
Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak. 
- betul tu...suami camni yang patut dicari...baru xd pergaduhan dalam keluarga




8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup. 
- mintak dijauhkan...hehe(penyakit gile tu)



HM : adakah ciri-ciri ini ada pada bakal pilihan suami(pakwe) kita sekarang...renung2kan lah...setiap orang berhak untuk dapat yang terbaik...wassalam
sambil2 bace tu...tlg lh klik2 iklan yg ad tu yer...dapat jgk fizi sikit income...huhu. mekasih yer...
- sila bagi komen anda kat blog komen kat bawah tu yer... :-) 

0 comments:

Post a Comment