RSS

Al - Kisah Rakan

Tuesday, October 4, 2011

Al - Kisah..Terengganu Masih Dalam Kehujanan


Assalamualaikum semua. sudah cukup lama fizi tak update entry kan. ntahlah..selalu tak ada mood untuk blog2 ni. maafkan fizi. tapi malam ni terdetik di hati fizi untuk membuat satu entry. kampung fizi..negeri kesayangan fizi..Terengganu masih dalam "kehujanan". sejak seminggu lalu..saban hari..petang atau malam ada jer hujan turun.

Kata orang hujan itu rahmat. urm..tapi kalau hujan berterusan rahmat itu bertukar kepada bencana. dua tiga minggu lepas..heboh di Terengganu..kampung dilanda ribut..bangunan runtuh ditimpa pokok. sejak dua menjak ini angin di Terengganu terlalu kuat.

Simpati fizi kepada mangsa bencana ni. ada yang rumah roboh, atap tertanggal, kereta rosak ditimpa pokok. moga dorang semua tabah dengan dugaan ni yer. moga lepas ni Terengganu beransur baik. mintak2 allah jauhkan perkara yang tidak elok..amin (^_^)

Bagi fizi lak. bisnes musim hujan ni menurun sedikit. kurang sikit pelanggan berbanding dengan hari biasa. fizi terima jer rezeki dari allah. dah nama bisnes..ada hari dapat banyak..ada hari dapat sedikit..ada hari untung..ada hari rugi.

Semoga hari esok lebih baik berbanding dengan hari ini. moga fizi dapat lebih banyak untung yer..korang semua tolong doakan untuk fizi yer..mekasih (^_^). setakat ini jer entry fizi untuk kali ini..semoga kita akan ketemu lagi..wassalam.

Dengar lagu ni..mendayu2..sebak fizi mendengar nya..

- tanpa ibu bapa..siapa kita?





Renung2kanlah..




0 comments:

Post a Comment