RSS

Al - Kisah Rakan

Friday, December 3, 2010

Al - Kisah...Fakta Mengenai Bunga

kalau semalam fizi kongsikan maksud di sebalik hadiah yang korang pernah terima. so..kali ini fizi nak kongsi lak sedikit fakta mengenai bunga.

mungkin sebelum ni korang selalu tertanya-tanya apa maksud bunga yang boyfrenz, girlfrenz or sape2 lah yang bagi. nak tanya orang lain rase malu lak...hehe. so, korang bace jelah entry yang fizi kongsi ni dengan tanpa rasa malu.... :-)

ni dia..


Maksud Tersirat Di Sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros Merah:
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.






Bunga Ros Kuning:
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.




Bunga Ros Merah Jambu:Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini. 




ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.




Maksud Di Sebalik Jenis Bunga
 

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.





BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.





BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.





BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.





BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.





BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.





BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.





BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.





BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.





 BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.




BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.


KOD WARNA BUNGA
Merah
: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu
: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning
: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih
: Semangat mementingkan kebenaran.



mugkin korang pun boleh cuba jugak ni...huhu

MAKSUD TERSIRAT

Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu.

Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI:
memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.

tulah serba sedikit fakta tentang bunga yang dapat fizi kongsikan bersama korang. arap2 lepas ni korang tahu lah pasal2 bunga ni yer. bila nak bagi bunga or terima bunga tu xde lah duk m'garu kepala lagi...hehe
pape pun semoga korang dapat manfaat dari maklumat ni...wassalam


HM : sebelum ni x tahu pape pasal bunga pun...bila dah tahu ni. ap lagi...hehe
sambil2 bace tu...tlg lh klik2 iklan yg ad tu yer...dapat jgk fizi sikit income...huhu. mekasih yer...
- sila bagi komen anda kat blog komen kat bawah tu yer... :-)

1 comments:

bebudax's lagi said...

best lah blog nih!!siyes xtipu...sy share ea?tqs :)

Post a Comment