RSS

Al - Kisah Rakan

Monday, January 17, 2011

Al - Kisah...Juadah Terengganu (Tepung Kapur)

"Tepung Kapur"...dengar nama cam pelik jer kan. memang korang t'fikir2. kenapa lah kuih ni d'beri nama Tepung Kapur?...dia d'buat ngan kapur barus k...xkan lah...haha. dahtu...warna dia cam kapur k...x jugak. korang nak tahu ke kenapa kuih ini d'namakan "Tepung Kapur"...

pada firasat nujum pak belalang fizi lah mungkin d'sebabkan nyior@kelapa parut kt luar tu warna putih...kelapa parut tu lak melekat cam tepung jer. mungkin sebab tu lah d'namakan sebagai tepung  kapur...ntah betul ntah tidak...hehe

tentu korang nak tengok gambar kuih ni camne kan. dh bosan dengar fizi b'ceramah. ni lah rupa kuih ni.

- nampak cam m'nyelerakan kan?...urm...best yer...lama dh x makan ni...huhu

setelah punya search n search lagi dalam tenet fizi jumpa lah jugak resepi dia...mungkin ada masa fizi nak cube2 buat lah.

so, dah ada ilmu fizi nak kongsi2 lah ngan korang...kate org...ilmu kalau ada kene kongsi...xley kedekut...nanti cepat gemok makan sorang2...haha.

resepi kuih ini adalah seperti berikut :

TEPUNG KAPUR

Bahan-bahannya :
  • 600 gram tepung gandum
  • 1'2 cawan air kapur sireh (kapur sireh..bukan kapur barus...haha)
  • 1 biji kelapa muda (untuk inti)
  • 2 keping manisan
  • sedikit garam

Cara membuatnya :
  • kelapa diparut dan digaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan (ketepikan bukan b'maksud buang terus...biar jer kat tepi tu...haha)
  • manisan diracik halus, kemudian dimasak
  • tepung gandum dibancuh dengan air, air kapur dan air manisan yang dimasak hingga cair
  • kacau hingga rata dan masukkan ke dalam loyang serta kukuslah selama satu jam
  • bila sejuk dipotong dan dihiris nipis dan bolehlah digaul dengan kelapa parut bercampur garam tadi. kemudian bolehlah dihidang
  • hidangkan nasi dengan sambal dan lain-lain bahan menghias

selamat mencuba...sekali lagi di ingatkan...kesedapan adalah bergantung kepada air tangan si pembuatnya. jangan salahkan resepi ni yer... :)

HM : masa tengah menaip resepi tu meleleh plak air liur ni...lama dah x makan...mak tolong buatkan...hehe
sambil2 bace tu...tlg lh klik2 iklan yg ad tu yer...dapat jgk fizi sikit income...huhu. mekasih yer...
- sila bagi komen anda kat blog komen kat bawah tu yer... :-)

0 comments:

Post a Comment