RSS

Al - Kisah Rakan

Wednesday, June 22, 2011

Al - Kisah...Izinkan Selamanya Namamu Di Hati

"Izinkan Selamanya Namamu Di Hati". Itulah ungkapan terakhir yang ingin fizi tujukan kepada bekas kekasih fizi. walaupun dah hampir 9 bulan kami berpisah...tapi jauh di sudut hati fizi masih tersimpan sedikit kenangan ketika kami bersama.

Walaupun telah sekian lama kami berpisah...baru sekarang terdetik di hati fizi ingin meluahkannya.Tak perlulah fizi beritahu nama sebenar dia. cukup lah fizi namakan sebagai RH. Walaupun kenangan manis kami bersama terlalu sedikit dek selalu berada berjauhan..tapi fizi tidak pernah sesekali melupakan detik itu.

Walaupun kami dah tidak lagi berjodoh...tapi kadang2 fizi masih teringat kan RH. maklumlah cinta pertama fizi...urm..tak kisah lah dia masih ingatkan fizi atau tidak. fizi tidak pandai dalam meluahkan ayat2 kenangan ini.

Tapi...
Bila fizi terdengar jer lagu ini...terus fizi teringatkan kat RH. kenangan percintaan fizi hampir sama dengan jalan cerita dalam lagu ini..mungkin kisah korang pun hampir sama dengan lagu ini...

hayati lah..


Lagu : Izinkan Selamanya Namamu Di Hati
Penyanyi : EYE

 

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta

(fizi terima jer takdir dari yang esa..walaupun hati ini terlalu pedih untuk menerimanya. terkubur dah semua impian yang pernah fizi bina dengan RH dulu...terlerai sudah cinta antara kami berdua)

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang suci
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

(baru fizi sedari siapa diri ini..disebalik apa yang berlaku. fizi renung dalam2 diri fizi...apa pun fizi masih x ada sekarang...hanya cinta..adakah itu cukup?)

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiringi langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

(walaupun dunia fizi tiba2 kelam...fizi tetap juga gagahi diri ini. dengan berbekalkan sisa2 keyakinan yang masih ada...fizi cuba bangkit kembali)

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

(walaupun jalan penuh berduri..tetap fizi gagahi. fizi akan cuba ubah diri ini...menjadi insan yang lebih berjaya. kenangan yang berlalu fizi jadikan sebagai pedoman...moga fizi akan temui pengganti yang betul2 cintakan fizi selepas ini)

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

(salam sejahtera wahai RH...moga kamu berbahagia disamping pilihan kamu itu. tiada lagi fizi dalam hidup kamu. tapi...izinkan lah nama mu kekal di hati ini...masih ada sisa2 kenangan di sudut hati ini. biarkan lah daku begini)

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman 

(sudah menjadi lumrah kehidupan kan..manusia mana yang tidak buat kesilapan...maafkan semua dosa fizi pada mu...maafkan fizi jika ada silap salah sepanjang perhubungan kita. jadikan lah kenangan percintaan kita ini sebagai pengajaran...semoga kamu bahagia)

WASSALAM


HM : RH..maafkan sekali lagi atas segala salah silap fizi sepanjang perkenalan kita. izinkan lah selamanya namamu  di hati ini. akhir sekali...moga kamu bahagia disamping dia
sambil2 bace tu...tlg lh klik2 iklan yg ad tu yer...dapat jgk fizi sikit income..mekasih yer...
- sila bagi komen anda kat blog komen kat bawah tu yer...

0 comments:

Post a Comment