RSS

Al - Kisah Rakan

Sunday, July 17, 2011

Al - Kisah...Hargailah Apa Yang Kita Ada



Assalamualaikum w.b.t..kepada kawan2 semua. sudah agak lama fizi tidak menulis kisah untuk blog ini. ntah...malam ni fizi terdetik di hati untuk menulis satu kisah tentang "Hargailah Apa Yang Kita Ada". yelah...kadang2 kita tidak terlepas dari merungut..kenapa aku dilahirkan camni?..kenapa aku tidak cantik@ hensem seperti orang lain?..kenapa aku miskin?...dan banyak lagi lah.

Urm...fizi pun tidak terkecuali...fizi mengakui yer...fizi pun manusia biasa jugak. dalam kita "selalu" menyalahkan takdir...tanpa kita sedari yang Allah buat semua perkara tu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. fizi masih teringat kata2 seorang ustaz tu dulu..."Allah jadikan kita "kekurangan" sebab Allah sayang akan kita."

Allah lahirkan kita dari keluarga yang miskin supaya kita selalu hargai apa yang kita ada...kita bukan orang "senang"...jadi kita kena berusaha untuk dapatkan sesuatu. kenapa wajah kita tidak cantik@ hensem seperti orang lain?..bila kita cantik@ hensem...kita akan lupa asal usul...kita akan selalu dibuai glamour...bagi yang belajar...akan mudah lalai dalam pelajaran akibat hidup dalam "cintan2".

Tapi....jangan kita lupa...walaupun kita tidak "senang"..tidak "cantik@ hensem"..masih ada lagi orang yang dilahirkan jauh lebih miskin dari kita...jauh lagi "tidak sempurna" daripada kita. kalau kita sekali-sekala dapat jugak makan nasi berlaukkan daging@ ayam...ada sesetengah orang tu nak makan ikan pun susah. kalau kita rasa tidak "sempurna"...jangan kita lupa ada sesetengah orang tu dilahirkan tidak mempunyai kaki, tangan, buta dan sebagai yer. jadi...kita patut "Hargailah Apa Yang Kita Ada"...renung2 kan lah..



Fizi pun kadang2 bersungut jugak...kenapa aku tidak "se-hensem" orang lain...cemburu jer tengok bila orang hensem ada awek2..fizi cakap jujur dari hati. tapi...satu peristiwa itu telah menyedarkan fizi..fizi dulu pernah "berkapel". tapi dah lebih kurang 9 bulan putus..sekarang fizi masih "single". berbalik pada kisah tadi...semasa perhubungan kitaorang...fizi cuba jadi yang terbaik untuk "si-dia"...selalu bila nak keluar "date" fizi akan makeup diri...pakai lawa2...rambut bagi "kilat"...senang kata semua fizi buat untuk dia lah. tapi...jodoh tu ditangan Allah...jodoh kami tidak panjang. putus ditengah jalan. lepas tu baru fizi sedar...tidak ada guna kalau dah "hensem" pun...Allah yang tetapkan segalanya.

Satu peristiwa lagi yang fizi tidak boleh lupa ialah..fizi pernah mengalami "kebas" tangan yang teruk. walaupun lebih kurang dalam 3-4 minit..fizi rasa cukup terseksa..tangan fizi langsung tidak boleh diangkat..fizi langsung tidak berdaya...masa itu...terdetik dalam hati fizi..macam ni rupa yer rasa perasaan orang yang dilahirkan tanpa tangan atau cacat. kita tidak akan merasai kita ini telah dilahirkan cukup sempurna sehingga lah kita telah kehilangan satu daripada "anugerahnya"...renung2kan lah

Terkedu fizi bila tengok adik ni...walaupun keadaan dia camni...tetap nak pergi sekolah. tidak kisah pun apa orang nak kata. jadi, kita yang cukup sifat ni...kenapa perlu malu jika diri tidak cantik@ hensem seperti orang lain?

Jadi, nasihat fizi buat kawan2 semua...selalu "Hargailah Apa Yang Kita Ada". jangan berungut dengan "anugerah" Allah pada kita..setiap orang mempunyai kelebihan masing2...walaupun kita kurang dengan itu...tapi kita ada kelebihan dengan lain. setakat ini sahaja lah kisah fizi buat kali ini. harap kawan2 semua faham apa yang fizi cuba sampaikan..Wassalam



HM : apa yang kita ada...tidak sama dengan orang lain (^_^)
sambil2 bace tu...tlg lh klik2 iklan yg ad tu yer...dapat jgk fizi sikit income..mekasih yer...
- sila bagi komen anda kat blog komen kat bawah tu yer...

1 comments:

RHI said...

betul tu, terima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, itu salah satu tanda kita bersyukur dengan pemberianNYA

Post a Comment